Rasulullah SAW mengucup pipi ‘Uthman bin Maz‘un setelah dia meninggal dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قبل عثمان بن مظعون على خده بعدما مات ولا نعلم قبل أحدا غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mengucup pipi ‘Uthman bin Maz‘un setelah dia meninggal dunia. Kami tidak mengetahui Baginda ada mengucup sesiapa selain darinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis nombor 5530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة بنت قدامة بن مظعون رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ عُثْمَانَ بن مَظْعُونٍ عَلَى خَدِّهِ بَعْدَمَا مَاتَ وَلا نعْلَمُ قَبَّلَ أَحَدًا غَيْرَهُ. [طب، الضعيفة (6010)].

(Munkar) Daripada ‘Aishah binti Qudamah bin Maz‘un RA bahawa Rasulullah SAW mengucup pipi ‘Uthman bin Maz‘un setelah dia meninggal dunia. Kami tidak mengetahui Baginda ada mengucup sesiapa selain darinya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6010]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.