Semoga Allah memerangi syaitan, sesungguhnya anak adalah satu ujian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قاتل الله الشيطان إن الولد فتنة والله ما علمت أني نزلت عن المنبر حتى أوتيت به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah memerangi syaitan, sesungguhnya anak adalah satu ujian. Demi Allah! Aku tidak menyedari bahawa aku telah turun dari mimbar sehingga dihulurkan al-Hasan kepada ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1088-1089, hadis nombor 5529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر يخطب الناس فخرج الحسن بن علي رضي الله عنه في عنقه خرقة يجرها فمشى فيها فسقط على وجهه فنزل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن المنبر يريده فلما رآه الناس أخذوا الصبي فأتوه فحمله فقال: قَاتَلَ اللَّهُ الشَّيْطَانَ إِنَّ الْوَلَدَ فِتْنَةٌ وَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنِّي نَزَلْتُ عَنِ الْمِنْبَرِ حَتَّى أُوتِيتُ بِهِ. [طب، الضعيفة (6266)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Aku pernah melihat Rasulullah SAW berkhutbah di atas mimbar. Sementara al-Hasan bin ‘Ali RA pula keluar daripada rumah, kelihatan di lehernya terdapat sehelai kain terjulur. Al-Hasan terpijak kain tersebut lalu jatuh tersembam. Rasulullah SAW segera turun dari mimbar untuk mendapatkannya. Apabila orang ramai melihat hal tersebut, mereka segera mendapatkannya dan membawa bayi itu kepada Baginda. Baginda mendukungnya sambil bersabda: Semoga Allah memerangi syaitan, sesungguhnya anak adalah satu ujian. Demi Allah, aku tidak menyedari bahawa aku telah turun dari mimbar sehingga dihulurkan al-Hasan kepada ku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6266]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.