Sesungguhnya perkara terakhir yang Rasulullah SAW pesan kepada kami adalah: Hendaklah kalian berpegang dengan Kitabullah

TEKS BAHASA ARAB

كان آخر ما عهد إلينا أن قال: عليكم بكتاب الله وسترجعون إلى قوم يحبون الحديث عني فمن قال علي ما لم أقل فليتبوأ مقعده من النار ومن حفظ عني شيئا فليحدثه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perkara terakhir yang Rasulullah SAW pesan kepada kami adalah: Hendaklah kalian berpegang dengan Kitabullah. Kelak kalian akan menemui satu golongan yang suka menukilkan sesuatu daripadaku. Sesiapa yang mengatakan ke atasku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka tersedia tempat duduknya di neraka. Sesiapa yang menghafal sesuatu daripadaku, maka sampaikanlah ia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis nombor 5531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى الغافقي أنه سمع عقبة بن عامر الجهني يحدث على المنبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أحاديث فقال أبو موسى: إن صاحبكم هذا غافل أو هالك إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كَانَ آخِرُ مَا عَهِدَ إِلَيْنَا أَنْ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَسَتَرْجِعُونَ إِلَى قَوْمٍ يُحِبُّونَ الْحَدِيثَ عَنِّي فَمَنْ قَالَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ حِفْظَ عَنِّي شَيْئًا فَلْيُحَدِّثْه. [حم، طب، الدولابي، ابن خزيمة في حديث علي بن حجر، ابن الضريس، ك، البزار، الضعيفة (6406)].

(Lemah) Daripada Abu Musa al-Ghafiqi bahawa beliau mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani menyebutkan beberapa hadis Rasulullah SAW di atas mimbar. Lalu Abu Musa berkata: Sesungguhnya teman kalian ini sudah lupa atau binasa. Sesungguhnya perkara terakhir yang Rasulullah SAW pesan kepada kami adalah: Hendaklah kalian berpegang dengan Kitabullah. Kelak kalian akan menemui satu golongan yang suka menukilkan sesuatu daripadaku. Sesiapa yang mengatakan ke atasku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka tersedia tempat duduknya di neraka. Sesiapa yang menghafal sesuatu daripadaku, maka sampaikanlah ia. [Riwayat Ahmad dalam musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna, riwayat Ibn Khuzaimah dalam Hadith ‘Ali bin Hujr, riwayat Ibn al-Durais dalam Fada’il al-Qur’an, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan riwayat al-Bazzar dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6406]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.