Rasulullah SAW menanam darah hasil selepas berbekam

TEKS BAHASA ARAB

ادفنه، لا يبحث عنه كلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanamlah ia (darah bekam), supaya ia tidak (dapat) dicari oleh anjing.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن هارون بن رئاب أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، احتجم، ثم قال لرجل: ((ادفنه، لا يبحث عنه كلب)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2180)].

(Lemah)
Daripada Harun bin Ri’ab berkata: Pernah suatu ketika Rasulullah SAW berbekam. Selesai berbekam, baginda menyuruh seorang lelaki dengan bersabda: ((Tanamlah ia (darah bekam), supaya ia tidak (dapat) dicari oleh anjing.”
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2180].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs