TEKS BAHASA ARAB
ادفنوا الأظفار والدم والشعر، فإنه ميتة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tanamlah kuku, darah, dan rambut kerana ia merupakan bangkai.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ادفنوا الأظفار والدم والشعر، فإنه ميتة)). [عد، ابن الجوزي في ((التحقيق))، ((الضعيفة)) (2181)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tanamlah kuku, darah, dan rambut kerana ia merupakan bangkai.)) [Riwayat bn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-Tahqiq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2181].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.