TEKS BAHASA ARAB
اخضبوا لحاكم، فإن الملائكة تستبشر بخضاب المؤمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Inaikanlah janggut kalian kerana malaikat bergembira dengan perbuatan orang Mukmin menginaikan (janggutnya).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1614, hadis nombor 8141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((اخضبوا لحاكم، فإن الملائكة تستبشر بخضاب المؤمن)). [عد، ((الضعيفة)) (2109)].
(Palsu)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Inaikanlah janggut kalian kerana malaikat bergembira dengan perbuatan orang Mukmin menginaikan (janggutnya).))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2109].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.