TEKS BAHASA ARAB
حديث: إنه كان لرسول الله صلى الله عليه وآله وسلم سيف. وكان يسمى ذا الفقار وكانت له قوس تسمى: ذات السداد وكانت له كنانة تسمى: ذا الجمع إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Rasulullah SAW mempunyai sebuah pedang yang bernama Zulfakar. Baginda juga mempunyai busur yang bernama Zat al-Sadad dan juga bekas anak panah yang bernama Za al-Jam’.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323-324, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن ابن عباس مرفوعا. قيل: هو موضوع. في إسناده: متروك.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn Abbas secara marfu’. Dikatakan: Hadis ini palsu. Dalam sanadnya terdapat seorang perawi matruk (ditinggalkan riwayatnya).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.