Sesiapa yang menahan amarahnya, Allah Yang Maha Tinggi Pujian-Nya akan menahan azab-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من كف غضبه كف الله جل ثناؤه عنه عذابه ومن خزن لسانه ستر الله عورته ومن اعتذر إلى الله قبل الله عذره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menahan amarahnya, Allah Yang Maha Tinggi Pujian-Nya akan menahan azab-Nya. Sesiapa yang mengawasi lidahnya, Allah akan menutup aibnya dan sesiapa yang meminta kemaafan kepada Allah, Allah akan menerima permohonan maafnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 71, hadis nombor 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الدولابي في الكنى (2/ 44) قال: حدثنا إسحاق بن سيار النصيبي، قال حدثنا عمرو بن عاصم الكلابي، قال: حدثنا الربيع بن مسلم، قال: حدثني أبو عمرو، مولى أنس بن مالك قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف. وأبو عمرو مولى أنس ترجمه البخاري في الكنى (474) وابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (4/ 2/ 410) وهو مجهول. ثم هو لم يدرك النبي صلى الله عليه وأله وسلم فالحديث مرسل. والربيع بن مسلم، كذا والصواب: الربيع بن سليم كما عند البخاري وابن أبي حاتم. وهو ضعيف أيضا. قال ابن معين: ليس بشيء وقال الأزدي: منكر الحديث. ثم رأيت الدولابي رواه في الكنى في موضع آخر (1/ 195) بنفس غير أنه ذكر فيه: أنس بن مالك فصار بذلك موصولا، وأظن أن سقوطه من هذا السند كان سهوا فانتفى الإرسال، وبقيت العلل الأخرى وله شاهد عن حديث ابن عمر رضي الله عنهما. أخرجه ابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق / 4/ 2- 5/ 1) من طريق المغيرة بن مسلم، عن هشام بن إبراهيم، عن ابن عمر مرفوعا. فذكره. مع تقديم وتأخير. قلت: وهذا سند ضعيف. هشام بن إبراهيم، كذا وقع في الأصل. وقد ترجم له البخاري (4/ 2/ 192) وابن أبي حاتم (4/ 2/ 53) باسم هشام بن أبي ‘إبراهيم. وقد ترجم له البخاري (4/ 2/ 192) وابن أبي حاتم (4/ 2/ 53) باسم هشام بن أبي إبراهيم. وقد نبه المحقق في حاشية الجرح والتعديل أن في إحدى نسخ الكتاب هشام بن إبراهيم. وهو على كل حال مجهول كما قال أبو حاتم. قال الحافظ العراقي في المغني (3/ 110). رواه ابن أبي الدنيا في الصمت بسند حسن. قلت: كذا قال. وهو متعقب فيه ذكرت. والحديث عزاه الزبيدي في الإتحاف (7/452- 453) إلى أبي يعلى وابن شاهين والخرائطي في مساوئ الأخلاق)) والضياء في المختارة. والله أعلم. وله شاهد ضعيف جدا. أخرجه ابن المبارك في الزهد (745) قال: أخبرنا عبيد الله بن الوليد الوصافي عن أبي جعفر، قال رسول صلى الله عليه وسلم فذكره بنحوه. وعبيد الله بن الوليد ضعفه ابن معين وأبو حاتم وأبو زرعه وتركه النسائي وعمرو بن على. وأبو جعفر هو محمد بن على بن الحسين بن علي بن أبي طالب، ولم يدرك النبي صلى الله عليه وسلم .

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Dawlabi dalam al-Kuna (2/44), katanya: Ishaq bin Sayyar al-Nasibi telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Amr Ibn ‘Asim al-Kilabi telah menceritakan kepada kami, katanya al-Rabi’ bin Muslim telah menceritakan kepada kami, katanya Abu ‘Amr mawla Anas bin Malik telah menceritakan kepadaku, katanya: Rasulullah SAW bersabda….lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini adalah dha’if. Abu ‘Amr mawla Anas disebutkan biografinya oleh al-Bukhari dalam al-Kuna (474) dan Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (4/2/410), beliau seorang yang majhul. Lagi pula, beliau tidak pernah bertemu Nabi SAW, maka hadith tersebut adalah mursal. Al-Rabi’ bin Muslim pun begitu! Sebetulnya al-Rabi’ bin Salim sebagaimana terdapat di sisi al-Bukhari dan Ibn Abi Hatim. Beliau juga seorang yang dha’if. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak ada nilai". Al-Azdi pula berkata: "Munkar al-Hadith". Kemudian saya melihat al-Dawlabi turut meriwayatkannya dalam al-Kuna pada tempat yang lain (1/195) dengan sanad yang sama, namun beliau memasukkan Anas bin Malik dalam sanad tersebut menjadikannya bersambung. Saya menyangkakan bahawa gugurnya nama Anas daripada sanad ini adalah kerana terlupa, maka hilangkan mursal tersebut. Tinggal lagi kecacatan yang lain. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Umar r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm./4/2-5/1) melalui sanad al-Mughirah bin Muslim daripada Hisham bin Ibrahim daripada Ibn ‘Umar secara marfu’…lalu beliau menyebutkan hadith itu. Cuma ada ayat yang didahulukan dan ada yang dikemudiankan.
Saya berkata: Ini adalah sanad yang dha’if. Hisham bin Ibrahim, demikianlah sebagaimana terdapat dalam tulisan asal, sedangkan al-Bukhari (4/2/192) dan Ibn Abi Hatim (4/2/53) telah menyebutkan biografi beliau dengan nama Hisham bin Abi Ibrahim. Peneliti telah memperingatkan tentang ini dalam hasyiah al-Jarh Wa al-Ta’dil bahawa salah satu nuskhah bagi kitab tersebut tertulis Hisham bin Ibrahim. Apapun, beliau telah seorang yang majhul sebagaimana dikatakan oleh Abu Hatim. Al-Hafiz al-‘Iraqi dalam al-Mughni (3/110) berkata: "Ibn Abi al-Dunya telah meriwayatkannya dalam al-Sumt dengan sanad yang hasan". Saya berkata: Begitulah yang beliau katakan! Hadith tersebut telah diberikan komentar sebagaimana yang telah saya sebutkan. Hadith tersebut telah disandarkan oleh al-Zubaidi dalam al-Ithaf (7/452-453) kepada Abu Ya’la, Ibn Shahin, al-Khara’iti dalam Masawi’ al-Akhlaq, dan al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Wallahua’lam.
Hadith tersebut terdapat sokongan yang Dha’if jiddan. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhud (745), katanya: “’Ubaidullah bin al-Walid al-Wasafi telah khabarkan kepada kami daripada Abu Ja’far, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda..lalu beliau menyebutkan hadith seumpamanya”. ‘Ubaidullah bin al-Walid telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, Abu Hatim, dan Abu Zur’ah. Al-Nasa’ei dan ‘Amr bin ‘Ali telah meninggalkan riwayat beliau. Abu Ja’far adalah Muhammad bin ‘Ali bin al-Husain Ibn ‘Ali bin Abi Talib, beliau tidak sempat bertemu dengan Nabi SAW.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs