TEKS BAHASA ARAB
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم زائرات القبور والمتخذين عليها المساجد والسروج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melaknat wanita yang sentiasa menziarahi kubur, dan orang yang membina masjid diatasnya serta orang yang membina binaan (seperti kepok) di atas kubur.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق والتمام) عن ابن عباس قال: ((لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم زائرات القبور والمتخذين عليها المساجد والسروج.)) [د، ت، ن، ش، البغوي في ((حديث علي ابن الجعد))، طب، ق، هق، الطيالسي، حم، القطان في ((حديثه))، ((الضعيفة))(225)].
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas berkata: ((Rasulullah SAW melaknat wanita yang sentiasa menziarahi kubur, dan orang yang membina masjid diatasnya serta orang yang membina binaan (seperti kepok) di atas kubur.))
[Riwayat Abi Dawud di dalam Sunannya, al-Tirmizi di dalam Sunannya, al-Nasa'i di dalam Sunannya, Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya, al-Baghawi di dalam Hadis Ali Ibn al-Ja'd, al-Tabari di dalam Mu'jam al-Kabir, al-Hakim di dalam Mustadrak, al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, al-Tayalisi, Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Qattan di dalam Hadithnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 225].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.