Barang siapa yang menziarahi kubur orang tuanya setiap hari Jumaat dan membaca disisi mereka surah Yasin, akan diampunkan dosanya mengikut bilangan ayat atau huruf yang dibaca

TEKS BAHASA ARAB

من زار قبر والديه كل جمعة، فقرأ عندهما أو عنده {يس} غفر له بعدد كل آية أو حرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menziarahi kubur orang tuanya setiap hari Jumaat dan membaca disisi mereka surah Yasin, akan diampunkan dosanya mengikut bilangan ayat atau huruf yang dibaca.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بكر الصديق -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من زار قبر والديه كل جمعة، فقرأ عندهما أو عنده {يس} غفر له بعدد كل آية أو حرف.)) [عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة))(50))].

(Palsu)
Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang menziarahi kubur orang tuanya setiap hari Jumaat dan membaca disisi mereka surah Yasin, akan diampunkan dosanya mengikut bilangan ayat atau huruf yang dibaca.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 50].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs