TEKS BAHASA ARAB
إِن هذه أيام أكل وشرب وذكر الله, فلا تصوموا فيهن إلا صوما في هدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan sekumpulan kecil untuk melakukan tawaf di Mina ketika haji perpisahan pada hari raya korban, lalu baginda menyeru: Sesungguhnya hari-hari ini adalah hari makan dan minum serta mengingati Allah (hari raya korban dan hari tasyriq). Janganlah kamu berpuasa padanya melainkan puasa pada hari menyembelih sembelihan dam.
STATUS
Munkar dengan pengecualian
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1528, hadis nombor 7765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا الإستثناء) عن عبدالله بن حذافة السهمي – رضي الله عنه-، قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمره في رهط أن يطوفوا في منى في حجة الوداع يوم النحر فينادوا: ((إِن هذه أيام أكل وشرب وذكر الله, فلا تصوموا فيهن إلا صوما في هدي)). [قط، ((الضعيفة)) (5664)].
(Munkar dengan pengecualian)
Daripada Abdullah bin Hudhafah al-Sahami RA telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan sekumpulan kecil untuk melakukan tawaf di Mina ketika haji perpisahan pada hari raya korban, lalu baginda menyeru: Sesungguhnya hari ini adalah hari makan dan minum serta mengingati Allah (hari tasyriq). Janganlah kamu berpuasa padanya melainkan puasa pada hari menyembelih sembelihan dam.”
[Riwayat al-Daraqutni di dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5664].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.