Rasulullah SAW bersabda – ketika baginda sakit -: ‘’Panggilkan saudaraku (yakni ‘Ali)."

TEKS BAHASA ARAB

((ادعوا لي أخي)). فدعي له علي، فقال: ((ادن مني)). فدنوت منه، فاستند إلي، فلم يزل مستندا إلي، وإنه ليكلمني، حتى أن بعض ريق النبي صلى الله عليه وسلم، ليصيبني، ثم نزل برسول الله صلى الله عليه وسلم، وثقل في حجري، فصحت: يا عباس، أدركني، فإني هالك، فجاء العباس، فكان جهدهما جميعا أن أضجعاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW bersabda – ketika baginda sakit -: ‘’Panggilkan saudaraku (yakni ‘Ali)." Maka dipanggil ‘Ali. Baginda bersabda: “Datanglah dekat kepadaku.” Maka aku pun menghampiri baginda, kemudian baginda bersandar padaku. Ketika mana baginda bersandar padaku, baginda berbicara denganku sehingga air liur baginda terkena padaku. Kemudian Rasulullah turun perlahan-lahan (ke pangkuanku) membuatkan kakiku terasa berat (sakit), maka baginda bersabda: “Wahai Abbas, ketahuilah sesungguhnya aku semakin hampir ingin jatuh!” Maka Abbas datang dan kedua-duanya (Ali dan Abbas) membaringkan badan Rasulullah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1857 – 1858, hadis nombor 9375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عمر بن علي بن أبي طالب عن أبيه عن جده قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في مرضه: ((ادعوا لي أخي)). فدعي له علي، فقال: ((ادن مني)). فدنوت منه، فاستند إلي، فلم يزل مستندا إلي، وإنه ليكلمني، حتى أن بعض ريق النبي صلى الله عليه وسلم، ليصيبني، ثم نزل برسول الله صلى الله عليه وسلم، وثقل في حجري، فصحت: يا عباس، أدركني، فإني هالك، فجاء العباس، فكان جهدهما جميعا أن أضجعاه.[ابن سعد، ((الضعيفة)) (٤٩٤٥)]

(Palsu) Daripada ‘Umar bin Ali bin Abi Talib, daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda – ketika baginda sakit -: ‘’Panggilkan saudaraku (yakni ‘Ali)." Maka dipanggil ‘Ali. Baginda bersabda: “Datanglah dekat kepadaku.” Maka aku pun menghampiri baginda, kemudian baginda bersandar padaku. Ketika mana baginda bersandar padaku, baginda berbicara denganku sehingga air liur baginda terkena padaku. Kemudian Rasulullah turun perlahan-lahan (ke pangkuanku) membuatkan kakiku terasa berat (sakit), maka baginda bersabda: “Wahai Abbas, ketahuilah sesungguhnya aku semakin hampir ingin jatuh!” Maka Abbas datang dan kedua-duanya (Ali dan Abbas) membaringkan badan Rasulullah. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4945]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs