Seseorang itu benar-benar menjadi ahli solat, zakat, haji, umrah, puasa dan jihad

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليكون من أهل الصلاة والزكاة والحج والعمرة والصيام والجهاد – حتى ذكر سهام الخير -؛ وما يجزى يوم القيامة إلا بقدر عقله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang itu benar-benar menjadi ahli solat, zakat, haji, umrah, puasa dan jihad – sehingga baginda menyebutkan bahagian-bahagian kebaikan –; dan tidak diberikan balasan (ganjaran) pada hari kiamat melainkan dengan kadar (tahap kemampuan) akal mereka.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365, hadis nombor 6957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الرجل ليكون من أهل الصلاة والزكاة والحج والعمرة والصيام والجهاد – حتى ذكر سهام الخير -؛ وما يجزى يوم القيامة إلا بقدر عقله.
[الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن أبي الدنيا في ((العقل وفضله))، مشرق بن عبد الله الفقيه في ((حديثه))، خط، الواحدي في ((تفسيره))، ابن عساكر، ابن الجوزي، وفي ((منهاج القاصدين))، ((الضعيفة)) (5557)]

(Batil)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang itu benar-benar menjadi ahli solat, zakat, haji, umrah, puasa dan jihad – sehingga baginda menyebutkan bahagian-bahagian kebaikan –; dan tidak diberikan balasan (ganjaran) pada hari kiamat melainkan dengan kadar (tahap kemampuan) akal mereka.
[Riwayat al-Tarasusi dalam Musnad Ibn 'Umar, al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn Abu al-Dunya dalam al-'Aql Wa Fadluhu, Mushriq bin 'Abdillah al-Faqih dalam Hadith beliau, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Wahidi dalam Tafsir beliau, Ibn 'Asakir, Ibn al-Jawzi juga dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5557]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs