Dia pernah memburu kemudian dia membawa buruannya kepada baginda.

TEKS BAHASA ARAB

أنه كان يصيد ويأتي النبي صلى الله عليه وسلم من صيده، فأبطأ عليه، ثم جاءه، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم:((ما الذي حبسك؟)). فقال: يا رسول الله! انتفى عنا الصيد؛ فصرنا نصيد ما بين (نبث وفي نسخة: بيت) إلى (قناة)، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أما إنك لو كنت تصيد بالعقيق؛ لشيعتك إذا ذهبت، وتلقيتك إذا جئت؛ فإني أحب العقيق)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia pernah memburu kemudian dia membawa buruannya kepada baginda. Dia terlambat dan datang kepada baginda. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apa yang menghalang (melambatkan) kamu?” Dia pun berkata: "Wahai Rasulullah! Buruan ini telah lari meninggalkan kami. Oleh itu, kami berburu di Thayyib (dalam manuskrip lain, rumah) dan Sudur Qanah." Rasulullah SAW bersabda: "Bagi kamu, jika kamu memburu di kawasan al-‘Aqiq, tentu aku akan iringi jika kamu keluar memburu. Aku juga pasti akan bertemu dengan kamu jika kamu datang, kerana aku suka al-‘Aqiq."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1859, hadis nombor 9383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سلمة بن الأكوع – رضي الله عنه – أنه كان يصيد ويأتي النبي صلى الله عليه وسلم من صيده، فأبطأ عليه، ثم جاءه، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم:((ما الذي حبسك؟)). فقال: يا رسول الله! انتفى عنا الصيد؛ فصرنا نصيد ما بين (نبث وفي نسخة: بيت) إلى (قناة)، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أما إنك لو كنت تصيد بالعقيق؛ لشيعتك إذا ذهبت، وتلقيتك إذا جئت؛ فإني أحب العقيق)). [الطحاوي، ((الضعيفة)) (4860,5869)]

(Sangat Lemah) Dari Salamah bin al-Akwa’ RA, dia pernah memburu kemudian dia membawa buruannya kepada Baginda. Dia terlambat dan datang kepada baginda. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apa yang menghalang (melambatkan) kamu?” Dia pun berkata: "Wahai Rasulullah! Buruan ini telah lari meninggalkan kami. Oleh itu, kami berburu di Thayyib (dalam manuskrip lain, rumah) dan Sudur Qanah." Rasulullah SAW bersabda: "Bagi kamu, jika kamu memburu di kawasan al-‘Aqiq, tentu aku akan iringi jika kamu keluar memburu. Aku juga pasti akan bertemu dengan kamu jika kamu datang, kerana aku suka al-‘Aqiq." [Riwayat al-Tohawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4860 dan 5869)

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs