Rasulullah SAW bersabda: Aku bertanya kepada Jibril AS tentang ayat ini

TEKS BAHASA ARAB

سألت جبريل عليه الصلاة والسلام عن هذه الآية: (ونفخ في الصور فصعق من في السماوات ومن في الأرض إلا من شاء الله) ؛ من الذي لم يشأ الله أن يصعقهم؟ قال: هم الشهداء، يتقلدون أسيافهم حول عرشه، تتلقاهم الملائكة يوم القيامة إلى المحشر بنجائب من ياقوت، أزمتها الدر الأبيض، برحال الذهب، أعنتها السندس والإستبرق، نمارها ألين من الحرير، مد خطامها مد أبصار الرجال، يسيرون في الجنة على خيول، يقولون عند طول النزهة: انطلقوا بنا إلى ربنا؛ لننظر كيف يقضي بين خلقه؟ يضحك إليهم إلهي، وإذا ضحك إلى عبد في موطن؛ فلا حساب عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bertanya kepada Jibril AS tentang ayat ini: “Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah.” [al-Zumar: 68] Siapakah yang tidak dikehendaki Allah agar dia mati? Jibril menjawab: Merekalah para syuhada’ yang memakai pedang mereka di Arasy-Nya. Para malaikat akan menyambut mereka pada hari kiamat dan membawa mereka ke padang mahsyar dengan bekas-bekas yang diperbuat daripada batu permata dan diikat dengan mutiara-mutiara putih. Bekas-bekas ini dibawa di atas usungan-usungan emas, yang dibawa pula di atas sutera dan kain-kain yang ditenun. bantalnya lagi lembut dari sutera, panjang tali kekangnya sejauh pandangan mata. Mereka berjalan di syurga dengan menaiki kuda, dan sepanjang perjalanan kuda-kuda itu pun berkata: Tungganglah kami menuju tuhan kami untuk melihat bagaimanakah Dia memperhitungkan (menghisab) makhluk-makhlukNya? Lalu Allah tersenyum kepada mereka dan jika Allah tersenyum kepada seorang hamba, maka Dia tidak akan diperhitungkan (tidak dihisab).

STATUS

Munkar dengan keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1508, hadis nombor 7679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: سألت جبريل عليه الصلاة والسلام عن هذه الآية: (ونفخ في الصور فصعق من في السماوات ومن في الأرض إلا من شاء الله) ؛ من الذي لم يشأ الله أن يصعقهم؟ قال: هم الشهداء، يتقلدون أسيافهم حول عرشه، تتلقاهم الملائكة يوم القيامة إلى المحشر بنجائب من ياقوت، أزمتها الدر الأبيض، برحال الذهب، أعنتها السندس والإستبرق، نمارها ألين من الحرير، مد خطامها مد أبصار الرجال، يسيرون في الجنة على خيول، يقولون عند طول النزهة: انطلقوا بنا إلى ربنا؛ لننظر كيف يقضي بين خلقه؟ يضحك إليهم إلهي، وإذا ضحك إلى عبد في موطن؛ فلا حساب عليه. [ع، قط في ((الأفراد))، ابن المنذر، ك، ابن مردويه، هق في ((البعث))، (الضعيفة)) (5437)].

(Munkar dengan keseluruhannya)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Aku bertanya kepada Jibril AS tentang ayat ini: “Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah.” [al-Zumar: 68] Siapakah yang tidak dikehendaki Allah agar dia mati? Jibril menjawab: Merekalah para syuhada’ yang memakai pedang mereka di Arasy-Nya. Para malaikat akan menyambut mereka pada hari kiamat dan membawa mereka ke padang mahsyar dengan bekas-bekas yang diperbuat daripada batu permata dan diikat dengan mutiara-mutiara putih. Bekas-bekas ini dibawa di atas usungan-usungan emas, yang dibawa pula di atas sutera dan kain-kain yang ditenun. bantalnya lagi lembut dari sutera, panjang tali kekangnya sejauh pandangan mata. Mereka berjalan di syurga dengan menaiki kuda, dan sepanjang perjalanan kuda-kuda itu pun berkata: Tungganglah kami menuju tuhan kami untuk melihat bagaimanakah Dia memperhitungkan (menghisab) makhluk-makhlukNya? Lalu Allah tersenyum kepada mereka dan jika Allah tersenyum kepada seorang hamba, maka Dia tidak akan diperhitungkan (tidak dihisab).))
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad, Ibn al-Munzir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Mardawayh, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra fi al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5437].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.