Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha agung, aku memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya

TEKS BAHASA ARAB

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم، أستغفر الله وأتوب إليه؛ من قالها كتبت كما قالها، ثم علقت بالعرش، لا يمحوها ذنب عمله صاحبها، حتى يلقى الله يوم القيامة وهي مختومة كما قالها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha agung, aku memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya." Barangsiapa yang menyebutnya (kalimah tersebut) akan dicatatkan baginya sepertimana yang telah disebutkan. Kemudian ia digantungkan pada Arasy dan dosa pelakunya tidak akan memadamnya sehinggalah dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan ia bertanda sepertimana yang telah disebutkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1508, hadis nombor 7680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم، أستغفر الله وأتوب إليه؛ من قالها كتبت كما قالها، ثم علقت بالعرش، لا يمحوها ذنب عمله صاحبها، حتى يلقى الله يوم القيامة وهي مختومة كما قالها.)) [البراز، (الضعيفة)) (5130)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (("Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha agung, aku memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya." Barangsiapa yang menyebutnya (kalimah tersebut) akan dicatatkan baginya sepertimana yang telah disebutkan. Kemudian ia digantungkan pada Arasy dan dosa pelakunya tidak akan memadamnya sehinggalah dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan ia bertanda sepertimana yang telah disebutkan.))
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5130].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.