TEKS BAHASA ARAB
زينوا أصواتكم بالقرآن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hiasilah suara kalian dengan (bacaan) al-Quran.
STATUS
Munkar Maqlub
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1507, hadis nombor 7678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر مقلوب) عن البراء-رضي الله عنه- أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((زينوا أصواتكم بالقرآن)) [الخطابي في ((معالم السنن))، (الضعيفة)) (5326)].
(Munkar Maqlub)
Daripada al-Barra’ RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Hiasilah suara kalian dengan (bacaan) al-Quran.
[Riwayat al-Khattabi fi Ma’alim al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5326].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.