Rasulullah S.A.W. apabila selesai berwuduk, baginda akan mendirikan solat (sunat) dua rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا توضأ صلى ركعتين، ثم خرج إلى الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah S.A.W. apabila selesai berwuduk, baginda akan mendirikan solat (sunat) dua rakaat. Kemudian baginda keluar menuju ke (masjid) untuk solat (fardhu).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 291, hadis nombor 1528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها -، قالت: «كان إذا توضأ صلى ركعتين، ثم خرج إلى الصلاة».
[ه، «الضعيفة» (4181)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W. apabila selesai berwuduk, baginda akan mendirikan solat (sunat) dua rakaat. Kemudian baginda keluar menuju ke (masjid) untuk solat (fardhu).
[Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4181]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.