(Rasulullah S.A.W.) apabila turun dari mimbar baginda pada hari Jumaat, baginda akan memberi salam kepada mereka yang duduk di sisinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دنا من منبره يوم الجمعة سلم على من عنده من الجلوس، فإذا صعد المنبر استقبل الناس بوجهه، ثم سلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Rasulullah S.A.W.) apabila turun dari mimbar baginda pada hari Jumaat, baginda akan memberi salam kepada mereka yang duduk di sisinya. Manakala jika baginda naik ke atas minbar, baginda akan menghadap wajah baginda ke arah orang ramai, kemudian baginda memberikan salam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 291, hadis nombor 1529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنها – مرفوعا: «كان إذا دنا من منبره يوم الجمعة سلم على من عنده من الجلوس، فإذا صعد المنبر استقبل الناس بوجهه، ثم سلم».
[عد، هق، ابن عساكر، «الضعيفة» (4194)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Rasulullah S.A.W.) apabila turun dari mimbar baginda pada hari Jumaat, baginda akan memberi salam kepada mereka yang duduk di sisinya. Manakala jika baginda naik ke atas minbar, baginda akan menghadap wajah baginda ke arah orang ramai, kemudian baginda memberikan salam.
[Riwayat al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4194]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.