Perkara yang kamu tidak suka untuk bercakap berhadapan dengan saudara kamu itu adalah umpatan

TEKS BAHASA ARAB

ما كرهت أن تواجه به أخاك فهو غيبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang kamu tidak suka untuk bercakap berhadapan dengan saudara kamu itu adalah umpatan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis nombor 94. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما كرهت أن تواجه به أخاك فهو غيبة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1954)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perkara yang kamu tidak suka untuk bercakap berhadapan dengan saudara kamu itu adalah umpatan.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1954]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.