TEKS BAHASA ARAB
من كظم غيظا وهو يقدر على إنفاذه، ملأه الله أمنا وإيمانا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menahan marah dalam keadaan dia mampu untuk melepaskannya maka Allah SWT akan memenuhkan dirinya dengan keamanan dan keimanan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis nombor 95. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – في قوله {والكاظمين الغيظ}، قال: قال النبي – صلى الله عليه وسلم – :((من كظم غيظا وهو يقدر على إنفاذه، ملأه الله أمنا وإيمانا)).
[تخ، عق، ابن جرير، ((الضعيفة)) (1912)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA tentang firman Allah: {Dan mereka yang menahan kemarahannya}. Beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menahan marah dalam keadaan dia mampu untuk melepaskannya maka Allah SWT akan memenuhkan dirinya dengan keamanan dan keimanan.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1912]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.