Sekiranya akhlak yang baik itu lelaki yang berjalan di hadapan orang ramai nescayalah dia adalah lelaki yang salih.

TEKS BAHASA ARAB

لو كان حسن الخلق رجلا يمشي في الناس لكان رجلا صالحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya akhlak yang baik itu lelaki yang berjalan di hadapan orang ramai nescayalah dia adalah lelaki yang salih.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis nombor 93. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لو كان حسن الخلق رجلا يمشي في الناس لكان رجلا صالحا)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1848)]

(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya akhlak yang baik itu lelaki yang berjalan di hadapan orang ramai nescayalah dia adalah lelaki yang salih.
[Riwayat al-Khara’ithi dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.