TEKS BAHASA ARAB
سئل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرجل يتبع المرأة حراما، أينكح ابنتها؟ أو يتبع الإبنة حراما، أينكح أمها؟ قالت: قال رسول الله -صلى الله عليه وسام-: لا يحرّم الحرام، إنما يحرّم ما كان بنكاح حلال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW telah ditanya tentang seorang lelaki yang menyetubuhi seorang wanita secara haram, adakah anaknya itu boleh dinikahi? Atau dia menyetubuhi si anak secara haram, adakah ibunya boleh dinikahi?. Kata ‘Aishah RA: Rasulullah SAW bersabda: (Persetubuhan yang haram itu) tidak mengharamkan perkara yang haram (menikahi ibu atau anak perempuan wanita yang telah berzina dengannya), tetapi perkahwinan yang sah yang mengharamkan perbuatan itu.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis nombor 4681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن عائشة –رضي الله عنها– قالت: سئل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرجل يتبع المرأة حراما، أينكح ابنتها، أو يتبع الإبنة حراما، أينكح أمها؟ قالت: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((لا يحرّم الحرام، إنما يحرّم ما كان بنكاح حلال)).
[طس، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))،قط، هق،((الضعيفة)) (388)].
(Batil)
Daripada ‘Aishah RA bahawa dia berkata: Rasulullah SAW telah ditanya tentang seorang lelaki yang menyetubuhi seorang wanita secara haram, adakah anaknya itu boleh dinikahi? Atau dia menyetubuhi si anak secara haram, adakah ibunya boleh dinikahi?. Kata ‘Aishah RA: Rasulullah SAW bersabda: (Persetubuhan yang haram itu) tidak mengharamkan perkara yang haram (menikahi ibu atau anak perempuan wanita yang telah berzina dengannya), tetapi perkahwinan yang sah yang mengharamkan perbuatan itu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, Ibn Hibban dalam al-Du’afaa, al-Daraqutni dalam Sunan, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 388].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.