Perintahlah orang-orang muslim untuk tidak memfitnah isteri-isteri mereka

TEKS BAHASA ARAB

أف للحمام! حجاب لا يستر، وماء لا يطهر لا يحل لرجل أن يدخله إلا بمنديل، مروا المسلمين لا يفتنون نساءهم، الرجال قوامون على النساء، علموهن ومروهن بالتسبيح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uf!! Kepada tandas yang penghadang tidak ditutup dan air yang tidak bersih, tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk memasukinya melainkan dengan helaian kain. Perintahlah orang-orang muslim untuk tidak memfitnah isteri-isteri mereka. Orang lelaki yang berkuasa ke atas wanita, ajarkanlah mereka dan perintahkanlah mereka untuk bertasbih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis nombor 7972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: قال صلى الله عليه وسلم: ((أف للحمام! حجاب لا يستر، وماء لا يطهر لا يحل لرجل أن يدخله إلا بمنديل، مروا المسلمين لا يفتنون نساءهم، الرجال قوامون على النساء، علموهن ومروهن بالتسبيح)). [هب، ((الضعيفة)) (7038))].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Baginda SAW bersabda: Uf!! Kepada tandas yang penghadang tidak ditutup dan air yang tidak bersih, tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk memasukinya melainkan dengan helaian kain. Perintahlah orang-orang muslim untuk tidak memfitnah isteri-isteri mereka. Orang lelaki yang berkuasa ke atas wanita, ajarkanlah mereka dan perintahkanlah mereka untuk bertasbih. [Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7038].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.