TEKS BAHASA ARAB
أي الليل أفضل؟ فقال: جوف الليل الأوسطِ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Waktu malam yang manakah yang paling baik? Baginda bersabda: Waktu malam yang paling baik adalah di pertengahan malam.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis nombor 7971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن الحسن-، قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم سـئــل: أي الليل أفضل؟ فقال: ((أفضل الليل جوف الليل الأوسط)). [ش، ((الضعيفة)) (7036))].
(Munkar)
Daripada al-Hasan, beliau berkata: Bahawa Nabi SAW telah ditanya: Waktu malam yang manakah yang paling baik? Baginda bersabda: “Waktu malam yang paling baik adalah di pertengahan malam”. [Riwayat Muṣannaf Ibn Abī Shaybah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7036].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.