Ketahuilah sesungguhnya tidak berbaki dari dunia melainkan seperti lalat yang terbang di udara

TEKS BAHASA ARAB

ألا إنه لم يبق من الدنيا إلا مثل الذباب تمور فى جوها، فالله الله في إخوانكم من أهل القبور، فإن أعمالكم تعرض عليهم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah sesungguhnya tidak berbaki dari dunia melainkan seperti lalat yang terbang di udara, maka Allah Allah (takutlah kepada Allah) pada saudara kamu dari ahli kubur kerana sesungguhnya amalan kamu akan dibentangkan ke atas mereka

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1717, hadis nombor 8631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

ُعن النعمان بن بشير، (ضعيف)، ك (8629)

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.