TEKS BAHASA ARAB
لأن تدعو أخاك المسلم فتطعمه وتسقيه؛ أعظم لأجرك من أن تتصدق بخمسة وعشرين درهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya kamu mengajak saudara se-Islam kamu, lalu kamu memberi makan dan minum kepadanya, ganjaran pahalanya lebih besar berbanding pahala kamu bersedekah sebanyak 25 Dirham.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis nombor 587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: لأن تدعو أخاك المسلم فتطعمه وتسقيه؛ أعظم لأجرك من أن تتصدق بخمسة وعشرين درهما.
[فر، ((الضعيفة)) (5586)]
(Munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu mengajak saudara se-Islam kamu, lalu kamu memberi makan dan minum kepadanya, ganjaran pahalanya lebih besar berbanding pahala kamu bersedekah sebanyak 25 Dirham.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah no.5586]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.