TEKS BAHASA ARAB
لأن يوسع أحدكم لأخيه في المجلس؛ خير له من عتق رقبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya salah seorang daripada kamu melapangkan ruang buat saudaranya duduk dalam suatu majlis, itu adalah lebih baik baginya daripada membebaskan seorang hamba.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis nombor 588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: لأن يوسع أحدكم لأخيه في المجلس؛ خير له من عتق رقبة.
[فر، ((الضعيفة)) (5587)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang daripada kamu melapangkan ruang buat saudaranya duduk dalam suatu majlis, itu adalah lebih baik baginya daripada membebaskan seorang hamba.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5587]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.