Allah Allah, bagi sesiapa yang tiada pertolongan untuknya kecuali Allah

TEKS BAHASA ARAB

الله الله فيمن (ليس) له ناصر إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Allah, bagi sesiapa yang tiada pertolongan untuknya kecuali Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1797, hadis nombor 9053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: الله الله فيمن (ليس) له ناصر إلا الله. [عد، ((الضعيفة)) (1460)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah Allah, bagi sesiapa yang tiada pertolongan untuknya kecuali Allah.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1460]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.