Pada tahun 130 nanti, akan berlakulah perkara-perkara pelik

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا كَانَتْ سَنَةُ ثَلاثِينَ وَمِئَة كَانَ الْغُرَبَاءُ قُرْآنٌ فِي جَوْفِ ظَالِمٍ وَمُصْحَفٌ فِي َبَيْتِ قَوْمٍ لا يَقْرَأُ فِيهِ وَرَجُلٌ صَالِحٌ بَيْنَ قَوْمِ سُوْءٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada tahun 130 nanti, akan berlakulah perkara-perkara pelik al-Quran di dalam rongga orang yang zalim, mushaf suatu kaum yang tidak pernah dibacakan padanya al-Quran, manakala orang soleh berada di tengah-tengah kaum yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang kesemuanya palsu. Antara contoh lain telah kami huraikan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.”

… Hadis lain:
إِذَا كَانَتْ سَنَةُ ثَلاثِينَ وَمِئَة كَانَ الْغُرَبَاءُ قُرْآنٌ فِي جَوْفِ ظَالِمٍ وَمُصْحَفٌ فِي َبَيْتِ قَوْمٍ لا يَقْرَأُ فِيهِ وَرَجُلٌ صَالِحٌ بَيْنَ قَوْمِ سُوْءٍ
“Pada tahun 130 nanti, akan berlakulah perkara-perkara pelik al-Quran di dalam rongga orangyang zalim, mushaf suatu kaum yang tidak pernah dibacakan padanya al-Quran, manakala orang soleh berada di tengah-tengah kaum yang jahat.”
————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh ad-Daruqutni daripada jalan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/467). Ibnu Jauzi menyebut pendapat Ibnu Hibban, hadis ini tanpa ragu ialah hadis ma’mul (hadis maqbul yang boleh diterima pakai). Rujuk: al-Majruhin (3/128), al-Maudhu’at oleh Ibnu Jauzi (3/470), Mizan al-‘Itidal (4/390) dan al-Lali’ al-Masnu’ah (2/391).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon