Orang yang bijak adalah orang yang beramal untuk (kehidupan) setelah kematian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الكيس من عمل لما بعد الموت، والعاري العاري من الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bijak adalah orang yang beramal untuk (kehidupan) setelah kematian, dan orang yang telanjang adalah orang yang telanjang daripada agama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis nombor 2775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: جاءت بي أم سليم إلى النبي ﷺ فقالت: يا رسول الله! خادمك أنس، فادع له وهو کيس، وهو عار یا رسول الله! فإن رأيت أن تكسوه رازقتين يستتر بهما! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«الكيس من عمل لما بعد الموت، والعاري العاري من الدين».
[هب، «الضعيفة» (5822)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Ummu Sulaim RA datang membawaku bertemu Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Ini pelayanmu Anas, doakanlah untuknya kerana dia adalah hamba yang bijak, (tetapi) dia tidak memiliki pakaian wahai Rasulullah! Jika engkau berkenan memakaikannya dua pakaian untuk menutup (badannya) dengan kedua-duanya! Maka Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang bijak adalah orang yang beramal untuk (kehidupan) setelah kematian, dan orang yang telanjang adalah orang yang telanjang daripada agama”.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no 5822]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.