TEKS BAHASA ARAB
لتزدحمن هذه الأمة على الحوض ازدحام إيل وردت لخمس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umat ini benar-benar akan bersesak-sesak (berkumpul) di kolam air (milik Rasulullah) sebagaimana bersesaknya unta-unta (yang banyak) di kolam air yang hanya muat untuk lima ekor sahaja.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis nombor 2776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن العرباض بن سارية -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «لتزدحمن هذه الأمة على الحوض ازدحام إيل وردت لخمس».
[حب، طب، «الضعيفة»، (5725)].
(Lemah) Daripada ‘Irbad bin Saariyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Umat ini benar-benar akan bersesak-sesak (berkumpul) di kolam air (milik Rasulullah) sebagaimana bersesaknya unta-unta (yang banyak) di kolam air yang hanya muat untuk lima ekor sahaja".
[Riwayat oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya, al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5725]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.