Semakin panjang umur seorang muslim, (maka) ada kebaikan untuknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كلما طال عمر المسلم كان له خير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semakin panjang umur seorang muslim, (maka) ada kebaikan untuknya. Dia menjawab: “Ya”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis nombor 2774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) شداد أبي عمار، قال: قال عوف بن مالك –رضي الله عنه -: یا طاعون خذني إليك فقالوا: أما سمعت رسول الله يقول: «كلما طال عمر المسلم كان له خير». قال: بلى.
[طب، «الضعيفة» (5915)].

(Lemah) Daripada Syaddad Abu Ammar berkata: (bahawa) Auf bin Malik berkata: “Wahai (wabak) taun, bawalah aku kepadamu.” Maka mereka (yang mendengar) berkata: “Apakah engkau tidak mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Semakin panjang umur seorang muslim, (maka) ada kebaikan untuknya.” Dia menjawab: “Ya”.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5915]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.