Nabi SAW telah berkahwin dengan Ummu Salmah pada bulan Syawal dan menyempurnakan perkahwinan dengannya di bulan Syawal

TEKS BAHASA ARAB

تزوج أم سلمة في شوال، وجمعها إليه في شوال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW telah berkahwin dengan Ummu Salmah pada bulan Syawal dan menyempurnakan perkahwinan dengannya di bulan Syawal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 941, hadis nombor 4844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالملك بن الحارث بن هشام عن أبيه أن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((تزوج أم سلمة في شوال، وجمعها إليه في شوال)).
[هــ، طب، المزي، ((الضعيفة)) (4350/م)].

(Lemah)
Daripada Abdul Malik bin Harris bin Hisyam daripada ayahnya bahawa Nabi SAW telah berkahwin dengan Ummu Salmah pada bulan Syawal dan menyempurnakan perkahwinan dengannya di bulan Syawal”.
[Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4350].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs