TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أراد أن يزوج امرأة من نسائه يأتيها من وراء الحجاب فيقول: يا بنية! إن فلانا قد خطبك، فإن كرهتيه فقولي: لا؛ فإنه لا يستحي أحد أن يقول: لا، وإن أحببت فإن سكوتك إقرار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika ada seseorang yang ingin menikahi seorang wanita daripada kalangan ahli keluarganya, maka ia akan mendatangi wanita tersebut daripada sebalik hijab dan berkata: “Wahai anak perempuan! Sesungguhnya seorang fulan telah meminangmu, jika kamu tidak menyukainya maka beritahulah pada aku : Tidak, maka janganlah berasa malu untuk berkata: Tidak. Jika kamu suka – diammu adalah satu persetujuan."
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 941, hadis nombor 4846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كان إذا أراد أن يزوج امرأة من نسائه يأتيها من وراء الحجاب فيقول: يا بنية! إن فلانا قد خطبك، فإن كرهتيه فقولي: لا؛ فإنه لا يستحي أحد أن يقول: لا، وإن أحببت فإن سكوتك إقرار)).
[طب، عد، ((الضعيفة)) (4166)].
(Lemah)
Daripada Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika ada seseorang yang ingin menikahi seorang wanita daripada kalangan ahli keluarganya, maka ia akan mendatangi wanita tersebut daripada sebalik hijab dan berkata: “Wahai anak perempuan! Sesungguhnya seorang fulan telah meminangmu, jika kamu tidak menyukainya maka beritahulah pada aku : Tidak, maka janganlah berasa malu untuk berkata: Tidak. Jika kamu suka – diammu adalah satu persetujuan.”
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4166].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.