Nabi SAW orang yang paling tahu secara sempurna

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي كان عالما بالقرآن بتمامه وتاليا له من حين ولادته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW orang yang paling tahu secara sempurna berkenaan dengan Quran dan baginda membacanya sejak kelahirannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمِنْهَا؛ مَا يَذْكُرُهُ الوعاظ من أَن النَّبِي كَانَ عَالِمًا بِالْقُرْآنِ بِتَمَامِهِ وَتَالِيًا لَهُ مِنْ حِينِ وِلادَتِهِ وَإِنَّ مَعْنَى قَوْلِهِ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فِي جَوَابِ قَوْلِ جِبْرِيلَ لَهُ عِنْدَ بَدْءِ الْوَحْيِ اقْرَأْ عَلَيَّ مَا وَرَدَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ إِنِّي لَا أَقْرَأُ بِأَمْرِكَ فَإِنِّي عَالِمٌ بِهِ وَقَارِئٌ مِنْ قبل. وَهَذَا فِرْيَة بِلَا مرية تكذبها الْآيَات القرآنية وَالْأَخْبَار النَّبَوِيَّة.

Antaranya juga, apa yang sering disebarkan oleh para penceramah bahawa Nabi SAW orang yang paling tahu secara sempurna berkenaan dengan Al-Quran dan baginda membacanya sejak kelahirannya. Maka kononnya makna sabdaan Nabi:
ما أنا بقارئ
Maksudnya : “Aku tidak tahu membaca.”
Di mana ianya diucapkan untuk menjawab Jibril ketika permulaan turunnya wahyu yang ada di dalam Sahih Al-Bukhari dan lain-lain. Ia bermaksud aku tidak baca dengan perintah engkau wahai Jibril kerana aku tahu tentang Quran dan sudah baca sebelumnya.
Penipuan ini tidak perlu diperdebatkan lagi. Ayat Quran dan sumber sahih dari Nabi telah menafikan perkara itu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs