TEKS BAHASA ARAB
أنه لم يكن أميا بل كان قادرا على الكتابة والتلاوة من ابتداء الفطرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi bukannya buta huruf (ummiy) akan tetapi Nabi mampu menulis dan membaca secara fitrah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَمِنْهَا؛ مَا يذكرُونَهُ من أَنه لَمْ يَكُنْ أُمِّيًّا بَلْ كَانَ قَادِرًا عَلَى الْكِتَابَةِ وَالتِّلاوَةِ مِنَ ابْتِدَاءِ الْفِطْرَةِ وَهَذَا قَول مُخَالف للْكتاب وَالسّنة بل وَإِجْمَاع الْأمة فَلَا عِبْرَة بِهِ عِنْد أَرْبَاب الفطنه.
Di antaranya juga apa yang mereka sebutkan bahawa Nabi bukannya buta huruf (ummiy) akan tetapi Nabi mampu menulis dan membaca secara fitrah. Perkataan ini telah bercanggah dengan Quran, sunah bahkan ijmak ulama. Perkara ini sepatutnya tidak perlu diperdebatkan lagi di sisi orang yang bijak.
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.