Nabi SAW diberikan ilmu yang terdahulu dan ilmu yang terkemudian.

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي أعطي علم الأولين والآخرين مفصلا ووهب له علم كل ما مضى وما يأتي كليا وجزئيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW diberikan ilmu yang terdahulu dan ilmu yang terkemudian. Baginda juga dikurniakan ilmu tentang perkara yang telah berlalu, perkara yang kulli, yang juz’iy.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمِنْهَا؛ مَا يَذْكُرُهُ الْوُعَّاظُ مِنْ أَنَّ النَّبِي أُعْطِيَ عِلْمَ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ مُفَصَّلا وَوُهِبَ لَهُ عِلْمُ كُلِّ مَا مَضَى وَمَا يَأْتِي كُلِّيًّا وَجُزْئِيًّا وَأَنَّهُ لَا فَرْقَ بَيْنَ عِلْمِهِ وَعِلْمِ رَبِّهِ مِنْ حَيْثُ الإِحَاطَةُ وَالشُّمُولُ، وَإِنَّمَا الْفَرْقُ بَيْنَهُمَا أَنَّ عِلْمَ اللَّهِ أَزَلِيٌّ أَبَدِيٌّ بِنَفْسِ ذَاتِهِ بِدُونِ تَعْلِيمِ غَيْرِهِ بِخِلافِ عِلْمِ الرَّسُولِ فَإِنَّهُ حَصَلَ لَهُ بِتَعْلِيمِ رَبِّهِ، وَهَذَا زخرف من القَوْل وزور على مَا صرح بِهِ ابْن حجر الْمَكِّيّ فِي الْمنح المكية شرح القصيدة الهمزية وَغَيره من أَرْبَاب الشُّعُور، وَالثَّابِت من الْآيَات القرآنية وَالْأَحَادِيث النَّبَوِيَّة هُوَ من أَن الْإِحَاطَة والشمول وَعلم كل غيب مُخْتَصّ بجناب الْحق وَلم توهب هَذِه الصّفة من جَانب الْحق لآحد من الْخلق، نعم عُلُوم نَبينَا أَزِيد وَأكْثر من عُلُوم سَائِر الْأَنْبِيَاء وَالرسل، وَتَعْلِيم ربه الْأُمُور الغيبية لَهُ بِالنِّسْبَةِ إِلَى تَعْلِيمه غَيره أكمل، فَهُوَ أكمل علما وَعَملا وَسيد الْمَخْلُوقَات رُتْبَة وفضلا.

Antaranya juga apa yang disebutkan oleh para penceramah (wu’adz) bahawa Nabi SAW diberikan ilmu yang terdahulu dan ilmu yang terkemudian. Baginda juga dikurniakan ilmu tentang perkara yang telah berlalu, perkara yang kulli, yang juz’iy. Dan tiada beza antara ilmu Baginda dan ilmu Tuhan dari sudut kesempurnaan. Yang membezakan antara keduanya ialah ilmu Allah azali dan kekal pada zat-Nya tanpa perlu proses pembelajaran manakala ilmu Rasulullah diperoleh dengan diajar oleh Tuhan. Inilah pujian yang melampau dan perkataan yang dusta. Perkara ini telah dijelaskan oleh Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Al-Minah Al-Makkiah Syarh Al-Qasidah Al-Hamzawiyah dan lain-lain lagi. Yang sabit di dalam Al-Quran dan hadis ialah kesempurnaan, ilmu tentang perkara ghaib adalah khusus untuk Tuhan. Dan sifat ini tidak dikurniakan kepada mana-mana makhluk. Ya, ilmu Nabi kita lebih banyak dari ilmu para Nabi dan Rasul yang lain. Apa yang Tuhan ajarkan kepada Nabi tentang perkara lain lebih sempurna berbanding yang lain. Nabi SAW adalah sempurna dari sudut ilmu dan amal dan merupakan ketua bagi semua makhluk dari sudut kedudukan dan kelebihan.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.