Nabi SAW membenci perubatan yang menggunakan besi panas

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يكره الكي، والطعام الحار، ويقول: ((عليكم بالبارد فإنه ذو بركة، ألا وإن الحار لا بركة فيه))، وكانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW membenci perubatan yang menggunakan besi panas (Nabi memakruhkannya), dan juga makanan yang panas, dan Nabi berkata: “Hendaklah kalian melazimi suatu yang sejuk kerana sesungguhnya pada ia ada keberkatan, ketahuilah bahawa suatu yang panas itu tiada keberkatan padanya". Baginda Nabi SAW pernah mempunyai bekas celak yang Baginda sering mencelak matanya sebanyak tiga kali ketika mahu tidur.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis nombor 5923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يكره الكي، والطعام الحار، ويقول: ((عليكم بالبارد فإنه ذو بركة، ألا وإن الحار لا بركة فيه))، وكانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا ثلاثا)). [حل، ((الضعيفة)) (1598)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nabi SAW membenci perubatan yang menggunakan besi panas (Nabi memakruhkannya), dan juga makanan yang panas, dan Nabi berkata: “Hendaklah kalian melazimi suatu yang sejuk kerana sesungguhnya pada ia ada keberkatan, ketahuilah bahawa suatu yang panas itu tiada keberkatan padanya". Baginda Nabi SAW pernah mempunyai bekas celak yang Baginda sering mencelak matanya sebanyak tiga kali ketika mahu tidur. [Riwayat Abi Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1594].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs