Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر دواء السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan adalah penawar untuk setahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis nombor 5918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معقل بن يسار – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة مضت من الشهر دواء السنة)). [ابن سعد، عد، ((الضعيفة)) (1799)]

(Palsu) Daripada Ma’qal bin Yasar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berbekam pada hari Selasa iaitu pada hari yang ke-17 setiap bulan adalah penawar untuk setahun. [Riwayat Ibn Sa’ad, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1799].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.