TEKS BAHASA ARAB
من احتجم أواطلى يوم السبت أو الأربعاء، فلا يلومن إلا نفسه من الوضح.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang berbekam atau berlumur pada hari Sabtu atau hari Rabu, maka janganlah dia mencela melainkan terhadap dirinya sendiri disebabkan sakit sopak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis nombor 5924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الزهري مرفوعا: ((من احتجم أواطلى يوم السبت أو الأربعاء، فلا يلومن إلا نفسه من الوضح)). [البغوي في حديث ((علي بن الجعد))، ((الضعيفة)) (1672)]
(Lemah) Daripada al-Zuhri secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berbekam atau berlumur pada hari Sabtu atau hari Rabu, maka janganlah dia mencela melainkan terhadap dirinya sendiri disebabkan sakit sopak. [Riwayat al-Baghawi dalam Hadis ‘Ali bin Ja’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1672]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.