TEKS BAHASA ARAB
نهى عن بيع المحفلات، فقال: من ابتاعهن فهو بالخيار إذا حلبهن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang menjual al-Muhaffalat (lembu yang tidak diperah susunya untuk dilihat kantungnya penuh) dan Baginda bersabda: Sesiapa yang membelinya maka dia boleh memilih (untuk meneruskan atau membatalkan pembelian) apabila dia (penjual) telah memerahnya)).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 622, hadis nombor 3239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((نهى عن بيع المحفلات، فقال: من ابتاعهن فهو بالخيار إذا حلبهن)). [البزار، ((الضعيفة)) (4726)].
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nabi SAW melarang menjual al-Muhaffalat (lembu yang tidak diperah susunya untuk dilihat kantungnya penuh) dan Baginda bersabda: Sesiapa yang membelinya maka dia boleh memilih (untuk meneruskan atau membatalkan pembelian) apabila dia (penjual) telah memerahnya)).
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4726].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.