Nabi SAW melarang tawar-menawar sebelum terbit matahari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى عن السوم قبل طلوع الشمس، وعن ذبح ذوات الدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang tawar-menawar sebelum terbit matahari, dan Baginda juga melarang menyembelih binatang yang mempunyai susu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 623, hadis nombor 3240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((نهى عن السوم قبل طلوع الشمس، وعن ذبح ذوات الدر)). [هــ، ك، عد، الخطابي في ((غريب الحديث))، الضياء، ((الضعيفة)) (4719)].

(Lemah)
Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nabi SAW melarang tawar menawar sebelum terbit matahari, dan Baginda juga melarang menyembelih binatang yang mempunyai susu.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Khatttabi dalam Gharib al-Hadis, dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4719].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.