Baginda SAW melarang memecahkan (memotong atau meleburkan) matawang umat Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى أن تكسر سكة المسلمين الجائزة بينهم؛ إلا من بأس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW melarang memecahkan (memotong atau meleburkan) matawang umat Islam (emas dan perak) yang masih laku kecuali jika ia wang palsu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 622, hadis nombor 3238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علقمة بن عبد الله عن أبيه مرفوعا: ((نهى أن تكسر سكة المسلمين الجائزة بينهم؛ إلا من بأس)). [د، هـ، ك، حم، عد، هق، الكشي في ((جزء الأنصار))، ((الضعيفة)) (4706)].

(Lemah)
Daripada Alqamah bin Abdullah daripada ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda SAW melarang memecahkan (memotong atau meleburkan) matawang umat Islam (emas dan perak) yang masih laku kecuali jika ia wang palsu.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Kasyi dalam Juz’ al-Ansar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4706].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.