Nabi SAW berpesan kepada Ali RA: Sesungguhnya dia akan melahirkan untukmu seorang anak selepas aku, maka namakan ia dengan namaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه سيولد لك بعدي ولد، فسمه باسمي وكنه بكنيتي. قاله لعلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dia akan melahirkan untukmu seorang anak selepas aku, maka namakan ia dengan namaku dan berikan ia gelaran dengan gelaranku. Baginda berpesan kepada Ali RA. Ianya adalah keringanan (rukhsah) daripada baginda kepada Ali.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 949, hadis nombor 4898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن ابن الحنفية، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إنه سيولد لك بعدي ولد، فسمه باسمي وكنه بكنيتي. قاله لعلي)). فکانت رخصة من رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لعلي.
[ابن أبي خيثمة في ((تاريخه))، ((الضعيفة)) (5451)].

[Munkar dengan lafaz ini] Daripada Ibn al-Hanafiah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dia akan melahirkan untukmu seorang anak selepas aku, maka namakan ia dengan namaku dan berikan ia gelaran dengan gelaranku. Baginda berpesan kepada Ali RA. Ianya adalah keringanan (rukhsah) daripada baginda kepada Ali.
[Riwayat Ibn Abu Khismah dalam Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.5451].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.