Apabila kalian melihat sesiapa yang menguatkan bacaan solat pada siang hari maka kalian lemparlah dia dengan tahi

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم من يجهر بالقراءة في النهار فارموه بالبعر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian melihat sesiapa yang menguatkan bacaan solat pada siang hari maka kalian lemparlah dia dengan tahi.

STATUS

Tiada asal dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 302, hadis nombor 1597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا اللفظ) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا رأيتم من يجهر بالقراءة في النهار فارموه بالبعر)). [الشيرازي في ((المهذب))، ((الضعيفة)) (5328)]

(Tiada asal baginya dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila kalian melihat sesiapa yang menguatkan bacaan solat pada siang hari maka kalian lemparlah dia dengan tahi.” [Diriwayatkan oleh al-Shirazi dalam al-Muhazzab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5328.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.