Sesungguhnya Jibril pergi bersama Ibrahim ke Jamrah al-Aqabah lalu syaitan mengganggu baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل ذهب بإبراهيم إلى جمرة العقبة، فعرض له الشيطان فرماه بسبع حصيات فساخ، فلما أراد إبراهيم أن يذبح ابنه إسحاق قال لأبيه: يا أبت أو ثقني لا أضطرب، فينتضح عليك من دمي إذا ذبحتني، فشده، فلما أخذ الشفرة فأراد أن يذبحه نودي من خلفه {أن يا إبراهيم قد صدقت الرؤيا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril pergi bersama Ibrahim AS ke Jamrah al-Aqabah lalu syaitan mengganggu baginda. Maka baginda membaling tujuh batu kemudian ia hilang. Apabila Ibrahim AS ingin menyembelih anaknya Ishak, anaknya (Ishak) berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah! Ikatlah aku agar aku tidak meronta-ronta sehingga darahku terkena padamu ketika kamu menyembelihku". Maka Ibrahim AS pun mengikatnya, lalu baginda mengambil pisau dan hendak menyembelih Ishak, tiba-tiba baginda diseru daripada belakangnya: {Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi tersebut}.

STATUS

Lemah dengan konteks ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655, hadis nombor 8352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن جبريل ذهب بإبراهيم إلى جمرة العقبة، فعرض له الشيطان فرماه بسبع حصيات فساخ، فلما أراد إبراهيم أن يذبح ابنه إسحاق قال لأبيه: يا أبت أوثقني لا أضطرب، فينتضح عليك من دمي إذا ذبحتني، فشده، فلما أخذ الشفرة فأراد أن يذبحه نودي من خلفه {أن يا إبراهيم قد صدقت الرؤيا})). [حم، ((الضعيفة)) (337)].

(Lemah dengan konteks ini)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’: ((Sesungguhnya Jibril pergi bersama Ibrahim AS ke Jamrah al-Aqabah lalu syaitan mengganggu baginda. Maka baginda membaling tujuh batu kemudian ia hilang. Apabila Ibrahim AS ingin menyembelih anaknya Ishak, anaknya (Ishak) berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah! Ikatlah aku agar aku tidak meronta-ronta sehingga darahku terkena padamu ketika kamu menyembelihku". Maka Ibrahim AS pun mengikatnya, lalu baginda mengambil pisau dan hendak menyembelih Ishak, tiba-tiba baginda diseru daripada belakangnya: {Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi tersebut}.))
[Riwayat Ahmad dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 337].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.