TEKS BAHASA ARAB
ليس عدوك الذي إن قتلته كان لك نوراً، وإن قتلك دخلت الجنة، ولكن أعدى عدوك ولدك الذي خرج من صلبك، ثم أعدى عدو لك مالك الذي ملكت يمينك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Musuh itu bukanlah orang yang jika kamu membunuhnya kamu (dianggap) mulia dan jika dia membunuhmu pula kamu akan masuk ke dalam syurga, akan tetapi musuhmu yang paling nyata ialah anakmu yang lahir dari sulbimu dan musuh paling nyata bagi diri kamu adalah harta yang kamu miliki.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 942, hadis nombor 4854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي مالك الأشجعي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس عدوك الذي إن قتلته كان لك نوراً، وإن قتلك دخلت الجنة، ولكن أعدى عدوك ولدك الذي خرج من صلبك، ثم أعدى عدو لك مالك الذي ملكت يمينك)).
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (4375)].
(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Ashjai’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Musuh itu bukanlah orang yang jika kamu membunuhnya kamu (dianggap) mulia dan jika dia membunuhmu pula kamu akan masuk ke dalam syurga, akan tetapi musuhmu yang paling nyata ialah anakmu yang lahir dari sulbimu dan musuh paling nyata bagi diri kamu adalah harta yang kamu miliki.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4375].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.