Allah telah melaknat golongan al-musawwifat

TEKS BAHASA ARAB

لعن الله المسوفات، قيل: وما المسوفات؟ قال: التي يدعوها زوجها إلى فراشها فتقول: سوف، حتى تغلبه عيناه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah melaknat golongan al-musawwifat. Mereka bertanya : “Siapakah itu al-musawwifat?.” Baginda menjawab: “Iaitu seorang isteri yang apabila dipanggil oleh suaminya ke kamar, dia berkata: Nanti (aku datang), sehinggalah terpejamlah mata suaminya itu (tidur)."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 942, hadis nombor 4853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لعن الله المسوفات، قيل: وما المسوفات؟ قال: التي يدعوها زوجها إلى فراشها فتقول: سوف، حتى تغلبه عيناه)).
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، طب، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4312)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah melaknat golongan al-musawwifat. Mereka bertanya : “Siapakah itu al-musawwifat?.” Baginda menjawab: “Iaitu seorang isteri yang apabila dipanggil oleh suaminya ke kamar, dia berkata: Nanti (aku datang), sehinggalah terpejamlah mata suaminya itu (tidur)."
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhua’fa’, Ibn Jauzi dalam al-Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4312].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.