Mesir akan dibuka selepas kewafatan Rasulullah SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه ستفتح مصر بعدي، فانتجعوا خيرها، ولا تتخذوها دارا، فإنه يساق إليها أقل الناس أعمارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya selepas kewafatanku Mesir akan dibuka. Maka mohonlah kebaikannya dan jangan menjadikannya tempat tinggal. Ini kerana yang tinggal di dalamnya adalah orang yang pendek umurnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365 – 1366, hadis nombor 6960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن رباح بن قصير رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنه ستفتح مصر بعدي، فانتجعوا خيرها، ولا تتخذوها دارا، فإنه يساق إليها أقل الناس أعمارا.
[ابن منده في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (5879)]

(Sangat Lemah)
Daripada Rabah bin Qasir RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya selepas kewafatanku Mesir akan dibuka. Maka mohonlah kebaikannya dan jangan menjadikannya tempat tinggal. Ini kerana yang tinggal di dalamnya adalah orang yang pendek umurnya.
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5879]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.